Untuk transferkan kerugian kepada pihak yang lain.
Sebagai contoh: Jika kita membeli kenderaan spt kereta, motosikal @ dll.. kita perlu juga membeli insurans untuk bergerak diatas jalan raya. sekiranya berlaku kemalangan pemilik akan dilindungi oleh insurans. so, kerosakan @ luka rawatan dapat dituntut oleh pemegang polisi tersebut.
MENGAPA insurans hayat?
Individu yang memerlukan perlindungan akan membeli polisi takaful untuk diri dan keluarga. Polisi ini akan melindungi pemegang sekiranya berlaku Kematian, Sakit kritikal, kemalangan @ kecacatan kekal..spt hilang upaya.
MENGAPA takaful?
Dari segi tafsiran syara' takaful bermaksud saling jamin menjamin & bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut menerima musibah.
Ianya bebas dari unsur riba, masir (judi) & gharar (tidak jelas). Dengan mengambil polisi takaful, kita tidak lagi ragu2 kerana wang kita sentiasa di pantau oleh badan syariah.